Tak tahu lah mengapa saya suka akan gambar ini . Dia nampak serius , tapi saya tetap ambil gambar ini. Gambar dari site wallpaper di sebelah. Ikut sahaja tutorial ini.
Saya mulakan dengan Image > Adjustment > Desaturate, diikuti Image > Adjustment > Level.

Create new layer dan fill dengan warna putih. Anda nampak apa ?

Tukarkan Opacity layer ni kepada 30% atau 50%. Ikut kesesuaian.

Pilih Eraser Tool dan mula memadam mana yang perlu. Pilih saiz pemadam mengikut kesesuaian. Anda kena cuba sendiri...... tak boleh ikut cara saya 100%.
Supaya lebih cantik lagi, klik Pen Tool, pilih Paths dan buat lah garisan pada bahagian yang anda suka. Klik Brush dan Set Foreground Color kepada Hitam. Pilih saiz Brush anda 3 pixel. Create new layer dan klik kanan pada mouse. Pilih Stroke Path. Pilih Brush dan tick pada Simulate Pressure dan klik OK. Saya menggunakan kaedah ini pada dagu, hidung, dahi, telinga dan rambut.

Asalnya, saya ingin menghasilkan imej berdasar tutorial ini. Kerana kurang teliti , saya mengubahnya . Saya pilih Brush saiz 100 pixels , set kan warna putih dan saya kerjakan rambutnya sahaja.
Hasil kerja yang agak merepek yang terjadi ... :) Tapi nampak cantik pulak.

Cubalah ..................... senang sahaja . Macam rambut Dolly Parton pula.


0 comments:
Post a Comment
Saya akan baca komen anda sebentar lagi.