Rahsia Gradient Map

Gradient Map ! Apa tu ? Mari kita explore .

Mula mula saya open satu photo dalam Photoshop . Saya ambil photo Anna , sebab post ini ada kaitan dengan post yang lepas. Ini photonya .....!



Nak cari kat mana Gradient Map ni ? Lihat image di bawah .



Inilah yang akan muncul dan inilah kesan pada photo Anna tadi. Nampak seperti negatif filem pada kamera SLR. Jika anda untick Preview , photo ini akan kembali seperti photo asal .



Saya tick pada Reverse , lihat apa yang berlaku pada photo Anna . Anda boleh gunakan kaedah ini untuk menghasilkan kesan photo lama.



Jika anda tick Dither pada tahap ini , ia tidak memberi apa-apa kesan pada photo. Tak percaya , cubalah ......... :)



Cuba klik pada arrow kecil kawasan dalam kotak merah. Ini yang muncul .



Cuba klik pula ruang warna dalam kotak merah. Ini pula muncul :



Pada ruang Preset saya klik kotak ketiga (Black, White) , lihat hasilnya pada photo. Cubalah klik semua kotak tersebut dan lihat hasilnya.



Saya klik pada kotak ke enam. Lihat kesan pada photo Anna. Anda dapat idea tak , bagaimana untuk menggunakan Gradient Map ?


Pada ruang Gradient Type tukarkan kepada Noise, lihat perubahan photo.



Pada Roughness setkan 100% , lihat perubahan photo.




Mari kita uji Color Model . Ini menggunakan format HSB



Ini pula dalam format LAB. Perubahan warna yang ketara.



Ini warna photo yang saya suka. Gradient Type : Noise, Roughness : 2 dan Color Model : LAB.



Dalam mode Gradient Type : Solid , anda boleh mengubah warna gradient.Perhatikan imej di bawah.



Klik ikon dalam kotak merah , akan muncul tetingkap select stop color, pilih warna pemula anda. Klik OK. Kemudian klik ikon dalam kotak purple (lihat imej di bawah), sebagai warna penamat. Pada bahagian tengah slider terdapat ikon kecil. Cuba gerak ia ke kiri atau ke kanan. Lihat perubahan warna pada photo.



Jika anda sudah berpuashati, klik button New. Apa yang terjadi ?



Anda sudah pun mencipta gradient baru . Tahniah untuk anda. Ini warna photonya.



Duplicate layer tersebut dan klik Edit > Transform > Flip Horizontal. Pada Blend Mode tukarkan Normal > Screen . Suka hasilnya ................ jika suka, save kerja anda. Jika tidak, baca langkah seterusnya........



Dengan menggunakan Gradient Map, saya ubah layer kedua tadi kepada Orange & Yellow.



Kemudian , saya bermain dengan Blend Mode untuk melihat hasilnya. Ini adalah Hard Light.


Anda boleh guna Vivid Light, Linear Light, Pin Light, Hard Mix, Lighten danColor Dodge. Okay, cukuplah setakat ini. Jumpa lagi.

Saya nak siapkan kerja sekolah dan kerja rumah.
Share on Google Plus

About Pi Yan

Pemilik blog ini adalah seorang peminat kartun dan grafik. Beliau menghasilkan kartun menggunakan Photoshop dan Illustartor.
    Blogger Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi ziarah.