Malam. Pada Suatu Ketika .....

Malam suatu ketika dulu adalah gelap. Tenang dan sunyi.


Jarang sekali kita melihat manusia merayap di waktu malam terutama di kawasan sunyi.


Lebih-lebih lagi perempuan. Jika ada kelibat perempuan berjalan sendirian di waktu malam pasti sangat menyeramkan.


Namun zaman berubah. Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup manusia. Malam atau siang tiada bezanya. Manusia bebas merayau tanpa mengira waktu dan tanpa mengira jantina.


Malam kelihatan lebih indah apabila munculnya sinaran jutaan cahaya neon yang menggamit manusia keluar dari habitat mereka.


Kelibat perempuan di waktu malam juga bukan perkara janggal. Mereka ada di mana-mana. Tiada rasa takut atau seram. Mereka juga umpama penyeri malam.


Perempuan bebas bergerak di bawah sinaran neon. Tanpa halangan dan batasan.


Namun kamu perlu berhati hati dengan perempuan ini........... Jangan sesekali kamu menegur mereka.


Jika mereka berpaling memandang kebelakang .................?


Aku tidak pasti apa yang akan berlaku......................................

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Terbaru Lebih lama