Ujian Kehidupan


Hidup ini memang indah andainya setiap impian kita menjadi kenyataan.
Lebih manis lagi jika segala urusan kehidupan kita dipermudahkan.



Namun kehidupan akan menjadi hambar jika tiada cabaran. Senang tidak bermakna jika tiada payah. Kaya tidak ada makna tanpa miskin. Sihat tidak bermakna tanpa sakit.


Sebagai manusia kita sememangnya merancang untuk suatu yang terbaik dan dipermudahkan.
Ujian tetap ada. Firman Allah dalam Surah Al Anfal ayat 28.
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."


Oleh itu bersabarlah dengan ujian Allah. Berdoalah, berusahalah dan bertawakal kepada Allah. Hidup tidak selalunya indah.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Terbaru Lebih lama