Doodle Noodle

As salam.

Ini post pertama Doodle Noodle aku. 

Apabila berlakunya PKP , aku jadi bingung sebentar. Risau sebentar, Kaget sebentar. Apa nak buat? Nak pergi bekerja tidak dibenarkan nak keluar rumah pun tak boleh.

Aku duduk terjongok dalam kebingungan .

Nak buat apa ? 

Aku melakukan penjelajahan di internet. Aku terjumpa lukisan merapu entah apa apa maksudnya tetapi menarik. Aku belayar semula mencari nama dan segala maklumat lukisan tu.

Ooooooo ...... doodle !

Aku suka idea doodle ni. Pelukis bebas melakukan ekspressi diri. 

Aku muat turun semua imej yang aku suka, aku cetak dan jilid. Maka terhasillah makhluk ini.


Seterusnya aku kumpulkan dan dapatkan barangan untuk doodle noodle. Inilah hasilnya.


Seterusnya aku terfikir untuk berkongsi cerita dan kongsikan hasil kerja doodle noodle aku dengan korang. So aku bina blog ini. 








 

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Terbaru Lebih lama