Hai,
Jom buat kerja melukis tanpa melukis.
Ini paparan awal software tersebut.
Korang kliklah mana mana yang korang fikir munasabah. Kalau tersalah pilih pun tak pe. Klik pada File dan klik New. Then keluar paparan camni ...............
Aku suka pilih A4, kemudian aku buat setting nya , saiz dan orientation. Klik Create. Nah ...... ambik kau!
Muncul benda cam ni. Artboard nya...............
Kemudian alihkan perhatian ke sebelah kiri .......... ada banyak tools atau alat.
1. Korang pilih yang ada simbol kotak ni , "Rectangle Tools". Klik kat kotak tu.
Kemudian klik kat kotak putih untuk pilih pilih warna kotak dan klik kotak sebelah tu untuk pilih warna border dan Stroke itu untuk menentukan saiz ketebalan border.
Okay, ini pilihan Rectangle tool yang ada......
Kemudian pergi ke artboard, letak cursor , klik mouse dan drag sehingga jadi kotak segi empat.
Oh ya ......... lupa nak bagi tahu, kita nak lukis gambar lori.
Ini adalah kepala lori warna merah.
2. Klik semula pada Rectangle Tools , tukar warna putih dan drag atas kotak merah. Ini cermin kepala lori.
3. Klik semula pada Rectangle Tools , tukar kepada warna kelabu dan drag di bawah kotak merah. Ini bumper kepala kepala lori.
4. Jom buat tayar lori , guna warna hitam. Ulangi proses yang sama.
5. Untuk satu lagi tayar , letak cursor pada tayar asal, klik , tekan Alt pada keyboard dan drag ke tempat yang sesuai.
6. Kontena di belakang kepala lori, ulangi proses yang sama.
Opsss.......... jangan risau, right click pada kotak kehijauan itu > Arrange > Send to Back.
Hasilnya ................
7. Ulangi proses yang sama untuk lampu, cermin sisi dan hiasan lain
8. Jangan lupa Save hasil kerja anda dalam format JPG atau format AI.
TIPS :
Ini kotak dari Rectangle Tools.
Klik pada tanda bulat putih dan drag ke dalam
Hasilnya ......
Ini kaedah untuk buat cermin sisi lori dan seat dalam lori.
Double klik pada tanda bulat putih dan drag ke dalam
Hasilnya ............
Okay , itu sahaja cara untuk melukis gambar lori tanpa melukis !
Tags:
Illustrator