Me & My Buddy.
Sedang duduk termenung kat pondok di luar rumah, tiba tiba aku teringat kat kawan-kawan semasa bersekolah, semasa di kolej dan kawan kawan sekerja. Hampir 3 bulan aku tidak berjumpa rakan sekerja angkara PKP & PKPB.
1. Aku lakar untuk agihan ruang. Bahagian atas aku kosongkan.
2. Aku lakar sebahagian , kemudian aku lukis dengan pen.
3. Ada sembilan rakan yang aku ingat gelagatnya.
Aku lukis gambar mamat ni dulu. Kawan sekolah rendah yang suka bergaduh, selalu ugut aku. Gambar senapang kat sebelah tu lambang keganasan dia.
Kawan kedua aku seorang perempuan ni memang suka bermedsos.
Kawan sekolah rendah yang ni memang kaki menyelam, selalu je menembak ikan kat sungai.
Yang kawan satu kolej , Mat Smart yang diminati ramai wanita.
Kawan sekerja perempuan yang baik dan beragama.
Kawan yang di panggil King, kaki bola dan peminat jenama Adidas.
Kawan sekolej yang suka senyum dan selalu ajak aku ke kantin untuk temankan dia minum/makan.
Kawan yang ni, di panggil 'Model'. Cantik dan bergaya. Selalu duduk sebelah aku sebab nak pinjam homework aku. Tak pe lah sebab kau cantik. Ha ha ha ha ...............
Kawan baik yang sama minat. Selalu ikut dia out door untuk melukis. Pompuan yang comel dan baik hati.
4. Aku lukis tajuknya 'Mi & Mai Badi'.
5. Aku wanakan sebahagian demi sebahagian.
Setakat ni je yang aku mampu warnakan.
Tags:
Drawing