Re Touch

Korang suka fotografi ? Aku suka , tersangatlah suka. Tapi aku masih belum ada kamera DSLR . Yang ada hanya kamera compaq digital dan camcoder. Jadilah........ yang penting boleh snap and shoot.

Masalah utama aku , apabila snap, gambar tu over exposed , under exposed , blur dan entah apa-apa........

Tengok gambar ni .....




Over exposed atau terlebih cahaya . Guna kamera digital compaq ni. Jom kita peroneh gambar ni guna PHOTOSHOP.

1. Buka Photoshop . Aku guna CS3 , la ni dah keluar CS5.

2. Klik File > Open . Pilih la gambar yang korang nak edit.

3, Klik Image > Adjustment > Shadow/Highlight.



Akan keluar benda ini...... korang bermain dan bermanja lah dengan benda ni. Lihat, apa yang berlaku pada gambar anda. Klik OK.



Ini adalah setting yang aku buat .



Hasilnya .



Jangan lupa SAVE gambar tersebut. saya SAVE dalam format JPG.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Terbaru Lebih lama