Lompat aje lah .....
Ramai yang suka melompat. Sana sini orang melompat. Perbezaannya adalah punca mereka melompat.
Yahoo !!! Sebutan ketika melompat kegembiraan. Gembira disebabkan kejayaan, mendapat peluang terbaik atau terlepas dari sesuatu beban. Sepatutnya disebut Alhamdulillah.
Yang kedua melompat kerana terkejut. Melompat kerana terkejut diusik sesuatu atau melompat kerana tembelang sudah pecah.
Ada juga yang melompat kerana tidak berpuashati. Ada yang berangan-angan atau mengidamkan sesuatu apabila idamannya diambil orang, maka melompatlah mereka. Berlakulah peristiwa melompat. Lompat parti.
Manusia jika melompat , lebih hebat dari katak. Katak melompat kerana ingin bergerak ke hadapan. Manusia melompat kerana pelbagai sebab.
Tags:
Photoshop