Tracing Guna Illustrator

Malam tadi ada sikit free. Jam sudah 10.30 malam. Aku cekuh intuos comic dan main dengan illustrator. Aku jumpa lukis potret. Aku trace mana yang patut je.  Aku hanya gunakan paintbrush tools. 

Aku mulakan kerja dengan melukis rupa muka, leher, telinga, rambut dan baju. Aku guna 4 layer. Aku gunakan banyak layer untuk elakkan kesilapan besar yang merugikan.



Siapakah jejaka ini..?
Kalau korang kenal, bermakna lukisan aku ni superb ... Baru tengok shape muka dah tahu siapa gerangannya . Ha ha ...



Aku tambah layer untuk hidung dan layer untuk pipi. Semakin jelaskan. Siapakah gerangannya..?



Tambah lagi satu layer untuk mata. 
If you smellll la la la la .................................................. what The Rock is cooking !




Layer mulut ni memang ambil masa. Aku cuba untuk mewarna, namun jam sudah 12.30 pagi. Mata semakin tertutup... so aku tutup PC. Tidak mampu untuk meneruskannya.

 

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Terbaru Lebih lama